BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 13, 2010

ASPEK YANG DINILAI DALAM KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Ujian Berbentuk Esei

Ujian esei dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, bentuk esei yang mempunyai jawapan terhad atau tidak terhad. Telah dikatakan di atas bahawa objektif membawa dua makna, iaitu: perkara yang diuji dan pemarkahan yang tidak terpengaruh oleh pilihan atau fikiran pemarkah. Ujian berbentuk esei juga boleh diberi markah secara objektif, tetapi biasanya agak sukar dan pemarkah cenderung untuk menjadi subjektif, cuma pemarkahannya saja yang kadang-kadang sukar dibuat secara objektif iaitu menjadi subjektif. Cara pemarkahan pertama yang boleh digunakan oleh guru di sekolah ialah cara pandangan sepintas lalu. Cara yang kedua yang lebih saintifik ialah cara analitis.

10.6.1 Cara Pandangan Sepintas Lalu

Cara ini dilakukan dengan membaca esei tersebut dan memberi gred nilainya menurut beberapa kategori seperti cemerlang (A), baik (B), sederhana (C), lemah (D) dan gagal (G). Gred diberi semata-mata kepada esei itu berasaskan ‘pandangan’ saja. Kesukaran dihadapi oleh guru terutama, mereka yang baru mengajar kerana, tidak ada ukuran daripada pengalaman untuk memastikan gred yang ingin diberi itu tepat. Lagipun pandangan dan rasa penilai berbeza dari semasa ke semasa yang lain.
Cara ini agak popular diamalkan oleh guru bahasa Malaysia di peringkat sekolah menengah, untuk memeriksa esei ialah secara rambang. Satu norma baku ditentukan berdasarkan prestasi pelajar yang menghasilkan esei berkenaan. Biasanya pemberian markah mengikut cara ini eloklah dilakukan oleh seorang pemeriksa saja supaya markah yang diberinya itu konsisten dan tidak wujud perbezaan dengan penilai lain. Tajuk esei yang sama harus disemak pada waktu yang sama, agar pandangannya seragam dan munasabah. Guru memberi markah dengan cara sekaligus. Cara ini tidak menggunakan skema pemarkahan.

10.6.2 Cara Analitis

Cara ini mengambil beberapa ciri esei berkenaan sebagai asas untuk diberi markah. Untuk memudahkan guru yang memeriksa esei tersebut, biasanya satu skema pemarkahan disediakan. Akan tetapi, skema pemarkahan tersebut hanya merupakan satu panduan, seorang pemeriksa masih perlu bersikap rasional dan terbuka semasa mempertimbangkan isi dan hujah yang di luar skema pemarkahan. Perkara seperti ejaan, penggunaan aspek bahasa, keaslian esei haruslah diberi kewajaran di dalam skema pemarkahannya. Sebaik-baiknya seorang pemeriksa harus mempertimbangkan lima komponen am sesuatu penulisan seperti di bawah (D.P. Harris, 1969).

1. Skema Pemarkahan

Penilaian guru ke atas karangan bahasa Malaysia mestilah berpandukan kepada satu skema tertentu. Skema pemarkahan mengandungi kriteria tertentu sebagai kayu ukur untuk menilai serta menentukan mutu sesuatu aspek atau demensi penulisan dan seterusnya menilai seluruh karangan itu. Skema pemarkahan hendaklah dibina berdasarkan tujuan-tujuan penulisan seperti yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia untuk Tingkatan I-III Atau Tingkatan IV-V atau Tingkatan VI. Sebagai contoh; karangan bahasa Malaysia seorang pelajar menengah atas (Tingkatan IV-V)patutlah dinilai daripada ada tiga segi kebolehan, iaitu:

(1) isi
(2) penyusuan, dan
(3) bahasa

Dari segi isi, guru hendaklah menaksir perkaitan dan kerelevanan isi dan bahan dengan tajuk karangan. Dari segi penyusunan, guru hendaklah menilai kebolehan pelajar untuk menyusun dan menstruktur isi dan bahan di dalam satu keseluruhan yang wajar dan menarik. Manakala dari segi bahasa pula, guru hendaklah menggunakan gaya yang menarik.

2. Darjat Pemarkahan Menurut Koh Boh Boon (1981)

Pemarkahan boleh terdiri daripada tiga darjat iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Dari segi isi, kriteria bagi darjat masing-masing adalah disenaraikan di bawah:

Cemerlang : Idea pokok dibincang secara jelas, dan disokong dengan jelas
dan disertakan dengan butir-butir yang konkrit dan bersangkutan.

Sederhana : Idea pokok dibincang tetapi terlalu ringkas dan am.
Perbincangan disokong dengan butir-butir konkrit tetapi kadang
kala butir-butir itu diulang, dan tidak berkait atau tidak lengkap.

Lemah : Idea pokok kurang jelas, keliru, atau tidak disokong dengan
butir- butir konkrit dan tidak berhubungan.

Syarat-syarat dari segi penyusunan adalah seperti berikut:

Cemerlang : Tema dikembangkan dengan teratur selangkah demi selangkah;
perenggan-perenggannya adalah bersepadu, dan satu perenggan beralih ke perenggan yang lain dengan licin. Perenggan berkenaan dikembangkan secara menarik dan seimbang dengan penekanan yang wajar.

Sederhana : Pelan tema kadang kala tidak teratur, diperkembangkan secara
tidak seimbang atau memberi penegasan yang tidak sesuai; perenggan berkaitan tetapi peralihan dari satu perenggan ke satu perenggan lain kadang kala tidak licin dan membosankan.
Lemah : Tema tidak dikembangkan atau dikembangkan dengan tidak
konsisten, tidak kena-mengena dan diulangi; perenggan-perenggan tidak bertalian dan peralihan dari satu perenggan ke satu perenggan lain adalah tidak jelas dan tidak berkesan.

Dari segi bahasa, kriteria-kriteria berikut patutlah digunakan:

Cemerlang : Ayat-ayat dibina dengan baik: bersepadu, berkesan dan
menggunakan berbagai ragam. Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan dengan sangat berkesan: menarik, tepat dan penuh dengan bunga bahasa. Penggunaan tatabahasa, tanda bacaan dan ejaan yang baku.
Sederhana : Ayat-ayat digunakan secara betul tetapi tidak bersifat luar biasa
dan juga kadang kala bersifat seragam saja. Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan secara sesuai: jelas dan kadang kala berbunga. Kadang kala terdapat penyelewengan dari tatabahasa, tanda baca dan ejaan baku.

Lemah : Ayat-ayat tidak bersepadu, tidak berlainan, keliru, tidak
sempurna dan membosankan. Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan dengan tidak munasabah: kabur, tidak berbunga bahasa atau kurang baku. Penglahiran idea-idea terhalang kerana sering terdapat penyimpangan daripada tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang baku.

Dengan itu, Koh telah membina satu skema pemarkahan untuk menilai karangan bahasa Malaysia Tingkatan IV dan V. Setiap aspek penulisan, iaitu isi, penyusunan dan bahasa diberi markah antara satu hingga sepuluh. Kerangkanya adalah seperti berikut:

Darjat Gred Markah Markah
Pecahan Keseluruhan

Cemerlang A 10 28-30
B 8-9 24-27
Sederhana C 6-7 18-23
D 4-5 12-17
Lemah E 3 9-11
F 1-2 1-8

KRITERIA-KRITERIA UJIAN LISAN PERINGKAT SPM

Dalam analisis proses pertuturan, ada lima komponen yang dapat dipertimbangkan untuk menguji kemahiran yang kompleks ini. Komponen-komponennya ialah:

(a) Penyebutan (termasuk ciri-ciri segmental dan bukan
segmental: vokal,konsonan, pola tekanan dan intonasi)

(b) Tatabahasa

(c) Kosa kata

(d) Kelancaran (keselesaan dan kelajuan perjalanan pertuturan)

(e) Kefahaman (penting kerana untuk berhubung secara lisan dan
memberi tindak balas untuk sesuatu atau memulakan pertuturan)

Pemarkahan Ujian Lisan

Markah yang diberi bergantung kepada seseorang penilai dan kecekapannya menilai prestasi pertuturan seseorang calon ujian tersebut. Azman Wan Chik (1989:78) telah mencadangkan teknik umum skala 5 mata untuk ujian bertutur. Di bawah ini disenaraikan kerangkanya:

SKALA MARKAH SAMBUTAN PENERANGAN

0 Tak ada tindak balas Pertuturan yang tak boleh difahami.
1 Lemah Percubaan (tak) bersungguh-
sungguh, tetapi masih tak boleh
difahami dengan baik.
2 Sederhana Penghasilan pertuturan yang banyak
kesalahan tetapi boleh difahami.
3 Memuaskan Boleh difahami dengan kesalahan
kecil.
4 Baik Pertuturan yang baik tetapi tidak
begitu tepat sebagai bahasa
Malaysia baku.
5 Cemerlang Pertuturan yang tepat, sebagai
penutur bahasa Malaysia baku.

AKTIVITI UNTUK BENTUK-BENTUK UJIAN MENDENGAR

1) Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan : Menayangkan kad bergambar dan memadankan dengan perkataan yang telah diberikan.
2) Memahami maksud ayat : Murid perlu membuat ayat dengan menggunakan ayat sendiri.
3) Melaksanakan arahan: guru memberi arahan kepada murid untuk membuat bunyi-bunyi haiwan.
4) Mendengar dan mendapatkan maklumat: murid-murid mendengar perbualan temu bual di radio dan murid-murid dikehendaki menulis laporan berkenaan dengan temu bual tersebut.
5) Mendengar dan mengenalpasti urutan cerita dan peristiwa: Guru memberikan lembaran kerja mengarahkan murid menyusun ayat-ayat menjadi sebuah cerita setelah guru bercerita dihadapan murid-murid.
6) Mendengar untuk mendapatkan fakta : Murid-murid menulis beberapa fakta selepas mendengar dokumentari di kaca televisien.
7) Mendengar dan mengecam bunyi: murid-murid meneka bunyi-bunyi haiwan melalui radio yang telah dipasang.
8) Mendengar dan memadan: Guru menayangkan power point dan setiap bentuk geometri mempunyai bunyi-bunyi haiwan dan murid-murid perlu memadankan bentuk geometri dengan gambar haiwan selepas mendengar bunyi haiwan tersebut pada bentuk geometri.
9) Mendengar dan menulis : Guru menyuruh murid-murid menulis beberapa ayat yang diperkatakan oleh guru.
10) Mendengar dan mencari jalan : Murid-murid perlu mencari jalan selepas mendengar arahan guru untuk pergi ke perpustakaan
11) Bersoal jawab : Membuat temubual bersama-sama guru atau rakan-rakan

Tuesday, October 12, 2010

Interaksi 6: Kaedah Penilaian Bahasa


A)   Penilaian melalui kontrak pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan   pelajar mengenal pasti dan merekod :
·    objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
·    kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat
      ·    jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
      ·    bukti menunjukkan objektif tercapai
      ·    bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan  keupayaan sendiri, menghasilkan kerja yang terancang  dan membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya.
Fungsi :
 Pelajar mengenal pasti & merekod Pamerkan bukti Menetapkan yang objektif & menunjukkan matlamat objektif telah pembelajaran tercapai kendiri Kenal pasti Tetapkan jangka kaedah2 yang masa akan diambil pelaksanaan & untuk mencapai penghasilannya matlamat tersebut
Tentukan bagaimana & pada tahap mana pencapaian matlamat/tugasan dinilai Beri peluang kpd pelajar untuk tentukan matlamat pembelajaran mengikut minat & keupayaan masing2 Hasilkan kerja yang terancang Bantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses penyiapan tugasan

B)   Penilaian melalui SoalJawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

 Cara Pelaksanaan
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

Interaksi 5: Jenis penilaian Bahasa


ISL : INTERAKSI 5 (27.09.01 – 01.10. 01)
TAJUK : JENIS PENILAIAN BAHASA
KANDUNGAN:
·         UJIAN SUMATIF DAN FORMATIF
·         UJIAN KEFASIHAN DAN KEMAJUAN
·         UJIAN BAKAT DAN UJIAN PENCAPAIAN

Ujian Sumatif dan Ujian Formatif
PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Ciri-ciri:
 Dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum. Dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.  Dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.  Maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.

PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum
Ciri- ciri:
Lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran. Untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan
UJIAN KEFASIHAN
Bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Secara umum, digunakan bagi menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka. Perlu dilakukan dalam dalam pengajaran Bahasa Melayu supaya proses pembelajaran dapat dijalankan mengikut tahap kebolehan dan kefasihan pelajar.

UJIAN KEMAJUAN
Setiap ujian kemajuan yang digunakan di dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian kemajuan harus berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin  diuji. Ujian ini betujuan mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan dan perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu Ujian ini berasaskan rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar. Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajar dan juga kemjuan darjahnya secara keseluruhan.




Ujian Bakat dan Ujian Pencapaian
UJIAN BAKAT
Digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Pada umumnya, ujian bakat ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
I. Ujian bakat berasaskan kepada kajian besar-besaran
II.berasaskan keperluan tertentu
Bertujuan untuk memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang. Digunakan untuk memilih calon yang sesuai dengan tugasa-tugas tertentu kemasukan ke program latihan dsbg.

UJIAN PENCAPAIAN
Digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru yang meliputi pengetahuan kefahaman dan aplikasi. ujian ini juga dapat menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi tajuk-tajuk yang diuji.