BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 13, 2010

KRITERIA-KRITERIA UJIAN LISAN PERINGKAT SPM

Dalam analisis proses pertuturan, ada lima komponen yang dapat dipertimbangkan untuk menguji kemahiran yang kompleks ini. Komponen-komponennya ialah:

(a) Penyebutan (termasuk ciri-ciri segmental dan bukan
segmental: vokal,konsonan, pola tekanan dan intonasi)

(b) Tatabahasa

(c) Kosa kata

(d) Kelancaran (keselesaan dan kelajuan perjalanan pertuturan)

(e) Kefahaman (penting kerana untuk berhubung secara lisan dan
memberi tindak balas untuk sesuatu atau memulakan pertuturan)

Pemarkahan Ujian Lisan

Markah yang diberi bergantung kepada seseorang penilai dan kecekapannya menilai prestasi pertuturan seseorang calon ujian tersebut. Azman Wan Chik (1989:78) telah mencadangkan teknik umum skala 5 mata untuk ujian bertutur. Di bawah ini disenaraikan kerangkanya:

SKALA MARKAH SAMBUTAN PENERANGAN

0 Tak ada tindak balas Pertuturan yang tak boleh difahami.
1 Lemah Percubaan (tak) bersungguh-
sungguh, tetapi masih tak boleh
difahami dengan baik.
2 Sederhana Penghasilan pertuturan yang banyak
kesalahan tetapi boleh difahami.
3 Memuaskan Boleh difahami dengan kesalahan
kecil.
4 Baik Pertuturan yang baik tetapi tidak
begitu tepat sebagai bahasa
Malaysia baku.
5 Cemerlang Pertuturan yang tepat, sebagai
penutur bahasa Malaysia baku.

0 comments: