BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 12, 2010

Interaksi 5: Jenis penilaian Bahasa


ISL : INTERAKSI 5 (27.09.01 – 01.10. 01)
TAJUK : JENIS PENILAIAN BAHASA
KANDUNGAN:
·         UJIAN SUMATIF DAN FORMATIF
·         UJIAN KEFASIHAN DAN KEMAJUAN
·         UJIAN BAKAT DAN UJIAN PENCAPAIAN

Ujian Sumatif dan Ujian Formatif
PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Ciri-ciri:
 Dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum. Dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.  Dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.  Maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.

PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum
Ciri- ciri:
Lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran. Untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan
UJIAN KEFASIHAN
Bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Secara umum, digunakan bagi menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka. Perlu dilakukan dalam dalam pengajaran Bahasa Melayu supaya proses pembelajaran dapat dijalankan mengikut tahap kebolehan dan kefasihan pelajar.

UJIAN KEMAJUAN
Setiap ujian kemajuan yang digunakan di dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian kemajuan harus berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin  diuji. Ujian ini betujuan mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan dan perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu Ujian ini berasaskan rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar. Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajar dan juga kemjuan darjahnya secara keseluruhan.




Ujian Bakat dan Ujian Pencapaian
UJIAN BAKAT
Digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Pada umumnya, ujian bakat ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
I. Ujian bakat berasaskan kepada kajian besar-besaran
II.berasaskan keperluan tertentu
Bertujuan untuk memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang. Digunakan untuk memilih calon yang sesuai dengan tugasa-tugas tertentu kemasukan ke program latihan dsbg.

UJIAN PENCAPAIAN
Digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru yang meliputi pengetahuan kefahaman dan aplikasi. ujian ini juga dapat menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi tajuk-tajuk yang diuji.



0 comments: